Saturday 9 June 2012

Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)

Assalamualaikum w.b.t
Pelajar Muslimat SAM Hulu Langat sedang khusyu’ melihat tayangan video ceramah.
Pada setiap hari jumaat, Badan Dakwah & Rohani akan mengendalikan satu program yang dipanggil, Sahsiah Unggul Murid atau singkatannya, SUMUR. Antara aktiviti di dalam program ini adalah tazkirah dan usrah SUMUR. Di dalam program usrah SUMUR, pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan & setiap kumpulan mempunyai seorang naqib atau naqibah. Program ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim di kalangan pelajar. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang timbul sepanjang program berlansung.

Sabda Rasulullah s.a.w: Jika Allah mengasihani seseorang hamba, maka Dia akan berikan kepadanya seorang saudara atau sahabat yang soleh. Jika dia sudah mengingati Allah (tidak lalai), sahabatnya akan membantunya (taat kepada Allah), dan jika dia terlalai, sahabatnya itu akan mengingatkannya.

Pembacaan Al-Quran Sesi 2012

Assalamualaikum w.b.t

Badan Dakwah & Rohani (BADAR) telah mengendalikan program pembacaan Al-Quran secara beramai-ramai pada setiap pagi Rabu & Khamis. Setiap kelas akan bergilir-gilir untuk mengetuai pembacaan Al-Quran ini. Program ini bertujuan untuk melahirkan warga SAM Hulu Langat yang cintakan Al-Quran dan juga untuk menghidupkan sunnah Rasullullah. Alhamdulillah, objektif program ini tercapai & program ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pelajar. 
Al-Quran breaks hard hearts,
And heals broken souls.

Saturday 2 June 2012

Perlantikan Ahli BADAR 2012



Assalamualaikum W.B.T


Ahli-ahli BADAR sedang membaca ikrar watikah perlantikan



Pada hari Isnin, 27 Februari 2012 yang lalu, perlantikan ahli BADAR 2012 telah diadakan di Dewan Az-zamakhsyari, SAM Hulu Langat. Program perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas Pusat Sumber juga diadakan secara serentak pada hari tersebut. Program dimulakan dengan perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya 
kemudian diikuti perlantikan Pengawas Perpustakaan Sekolah dan seterusnya perlantikan BADAR SAM Hulu Langat. Objektif program ini adalah untuk melantik ahli-ahli BADAR SAM Hulu Langat secara rasmi dan melantik generasi pelapis BADAR yang akan datang. Alhamdulillah, dengan izin Allah, program ini berjalan dengan lancar. Objektif program ini juga telah tercapai. Ahli-ahli BADAR yang baru dapat dilantik secara rasmi.  

Tanggungjawab yang sedang atau bakal dipikul itu merupakan amanah Allah. Anggap ia satu ujian dan hadapinya dengan sabar sebelum menikmati syurga Allah kelak.